.


Wednesday, February 3, 2010

diA~

















hmmm..lame x update blog ni..nk wat cne..rase nk meng-update blog tu baru nk ade skg ni..hoho~~

tringt kisah mse ak form1 dlu2..ak da selamatkn sekor anak burung mse balik dr skola..huhu..

ak + miza..bela burg tu 2 ari..ltak dlm akuarium kecik..(tu je yg kmi mampu)..pastu ble die da elok kmi pon lepaskn la die..da bole trbang da~~

huhu...sronok tgk die trbang..rase cm nk trbg gak..



dia....
pernah kecewa dengan sikap ku
aku hancurkan hatinya
aku pinggirkan dirinya
biarkan dia keseorangan
meniti hari senja dengan sendu
melalui kesukaran tanpa aku peduli

dia....
sentiasa terbeban dengan ku
tak pernah diminta balasan
tak pernah mengeluh dan menyesal
memendam hati yang lara
tanpa ada yang peduli
susah senang hidupnya

dia...
tersilap membuat caturan
atau ini adalah suratan
yang tersirat dengan hikmah
tiada siapa yang sedari

aku...
abaikan dia sendiri
mementingkan hati
tanpa memikirkan dia
mencari kepuasan sendiri
meminggir dia dari jiwa

aku...
berdosa pada dia
meletak silap hanya dibahu dia
menyalahkan takdir kerana khilaf dia
abaikan kasih sayang untuk dia
menjauhkan perhatian dari dia
tak pernah rasa untuk mendekati dia

'dia'...
maafkanlah silapku
ampuni dosa ku
menyalahkan mu atas takdir ini
aku sayang dia
aku perlukan dia
tiada dia tiadalah aku
kerana dia aku hidup disini
mengenal erti hidup sendiri
mengajar diri cekalkan hati
sedia menerima apa jua onak duri

Ya ALLAH....
aku harap ini bukan terakhir
beri ku ruang
beri ku peluang
menebus kesilapan ku pada dia
membahagiakan dia walau hanya seketika
agar tak terseksa hidup dia
agar dia rasa bahagia
agar aku puas jiwa
aku sayang dia
hingga akhir hayat ku
aku ada kerana dia
aku hidup atas semangat dia

Ya Aziz...
ampuni dosa dia
maafkan kesalahan dia
jangan Kau biarkan dia merana sendirian
sedih sendirian
pilu sendirian
panjangkan umur dia
berkati hidupnya
lindungi jiwa dia
kerana dia kesayanganku...>>

(bia la xde kaitan pon..ak ttap nk ltak gmba brung tu..)



No comments: