.


Tuesday, October 25, 2016

Kerja dan Kerjaya

Assalamualaikum

Hmmmm. Tetiba rase awkward nak post dlm blog sendiri. Eheheh. Ampunkan hamba penunggu gua. Ampunkan hamba penunggu..err..maksud aku pembaca blogku yg setia. Aku pon tak tau la ape yg busy sgt sampai tak terupdate blog ni. Eh. Macam kenal je alasan ni. Hehe. Aku rase la mungkin blog ni tak diupdate sebab adanya media sosial seperti facebook, instagram, twitter, wechat dan sebagainya. Semua info pon bole dapat dari sana je. Btol tak? Hehe

Sooo begitulah mukadimahnye. Eh baru mukadimah rupenye. Rase mcm dah berjela dah aku taip. Ok back to the main subject. So sekarang ni aku kerja kat Lion Tin Sdn Bnd. Sebagai mine planning engineer. Dari lepas grad lagi mmg tak pernah tukar kerja. 4 tahun dah. Lame ke? Ntah. Member2 aku mostly dah 2,3 kali tukar kerja. Aku je yg tetap setia dgn lion ni. Setia la sangat! Sebab aku dah ade dalam comfort zone? Takdelah. Banyak je kerja yg memeningkan kepala. Yg bole dibuat dgn mudah tapi sebab aku punya superior semua geng2 otai yg masih berbisa (baca: tua) yg lebih suka melakukan kerja menggunakan kaedah konvensional atau manual, so akulah yg menjadi mangsa. Alasannye 'you are the only one who know how to do this method in Malaysia'. Puii la. Mula2 aku excited la. Yela kerjaya pertama aku. Lama2, aku rase nak muntah bile dengar. Bukan sebab tak suka dgn kerja tu. Tapi sebab aku sorang je. SORANG. Yg kena buat semua kerja tu. Dan semua kerja tu kena siap cepat. Dgn ade si kaki adu lagi. So takdenye comfort zone di situ.

Hmm. Tak tau lah bile boleh tukar kerja. Kadang2 aku sampai fikir nak keluar bidang je. Keje macam kakak aku ke. Ape2 lah asalkan bukan kat situ. Dah susah sgt nak dapatkan kerja dlm bidang kan. Nak kata aku memilih kerja? Mungkin. Sebab kalo boleh aku nak cari kerja yg dekat dgn family aku, which is in KL or Selangor. Kenapa? Sbb bile aku dah kerja ni aku baru dapat merasa hidup dgn family aku. Bayangkan dari form 1 aku duk asrama sampai form 5. Pastu masuk matrik asrama lg. Masuk usm asrama lagi. Aku palapes pulak tu, mmg jarang la dapat balik cuti sem. Sebab tu aku nak duduk dgn family. Unless kalo aku dah kawin baru bole duk luar KL. Yela dah kawin kena lah duk dgn suami kan. Hehe.

Tapi aku kawin pon tak fikir lg sebab aku rase tak puas lg hidup single. Best kot. Bole buat macam2 aktiviti tanpa mintak permission dari siapa2 (kecuali parents, and my parents are super sporting). Tanpa rasa terkongkong. Aku paling tak suka org kongkong aku selain mak bapak aku. Ko bukan mak bapak aku, ko bukan suami aku kot. Btol tak? Kannn. Eh sendiri yg jawab pulak.

Oklah. Macam dah lari dari tajuk sikit. Hehe. Layanlah korang entry tak berapa panjang tapi tak bergambar ni. Alaa kasi can la kan. Dah 2 tahun tak up entry kot. Haha :p

Salam.

No comments: