.


Thursday, February 2, 2017

Hiking Gunung Baling & Pulai - Intro

Hai.
Lama tak aku berehat? Haa tak sampai 2 tahun kan. Hahaha

Ok kali ni aku nak cerita pasal trip hiking kat Baling, Kedah haritu. Aku hiking 2 gunung tau. Gunung baling n gunung pulai. Aku pon tak tau celah mana aku dapat semangat nak hiking 2 gunung tu. Dah la tak pernah panjat gunung, bukit tu ade la. Tu pon bukit gasing belakang umah. Hek elehhhh ape barang bukit gasing. Tapi kat bukit gasing tu laaa aku sesat. Haha. Ok yg tu nanti aku cite lain. Fokus kat baling ok.

Aku pegi dgn geng2 coursemate aku (sumber mineral) plus exhousemate aku. Sebab? Geng2 sumber yg join semua lelaki (wey,khuzer,kacak,mamu,shahrul) so aku mcm xselesa kalo aku sorang je perempuan so aku ajak la exhousemate aku ni (ziera). Die pon mmg minat hiking2 ni. Kira hikers kental la. Haha. Then ade sorang member school kimia (hazmil) n housemate mamu (din).

Mula2 nak pegi tu dah ade drama you. Ziera macam xjadi pegi pulak. Hmm cemana ni. Kalo ziera xjadi automatik aku pon xjadi la. Time tu wey dah book homestay dah. Terpaksa cancel. Pastu tetiba ziera jadi pulakkk. Haa cemana homestay yg dah cancel tu? Sebab wey dah cancel so aku pulak yg book under nama aku. Nasib baik still available lagii. So settle bab xjadi pegi n homestay.

Settle satu bab datang pulak lagi satu. Hahaha. Rupanya homestay tu kitorg book utk 1 malam je. Budak laki mmg book 1 malam sbb cadangnya malam 1st nak tido rumah mamu kat penang kira pagi nak hiking tu gerak g baling. Malam yg next tu baru duk homestay. Sbb dah mmg ade kat baling n prepare utk hiking pulai pulak. Yg kami dak pompuan ni terpaksa lah book hotel 1 malam sbb homestay tu dah full utk hari yg kitorg nak. Xpelaa asalkan tak duk merempat kann.

Sabtu 10/12/2016

Hari bertolak ke baling. Geng dari central aku, ziera n khuzer. Shahrul n wey g johor dulu ade kenduri kawin so diorg gerak asing. Geng utara mamu n hazmil. Manakala kacak geng timur solo gerak keesokan hari so die join hiking pulai je. Din housemate mamu pon join pulai je.

Terserempak dgn akak aku mase tgh cuci kereta sebelum gerak ke baling. Ape lagi aku pon pau die air kelapa satu :p

Nak dijadikan cerita, trip ni jatuh pada cuti panjang. Isnin selasa pon cuti so total 4 hari. Maka jam lah plus highway tu dgn kenderaan yg nak balik kampung. Masalahnya nak berehat kat rnr pon ramai orang. Nak menunggu parking tu berapa jam. Last2 kitorg parking tepi jalan n pegi solat dan beli makanan buat alas perut je. Then teruskan perjalanan. Guess what time did we arrive? Dari pukul 2 ptg sampai pukul 11 malam!! 9 jammm. Itu pon sampai parit buntar je! Mmg xsenang duduk la dlm keta tu sepanjang jalan.

Sampai2 parit buntar terus cari makan dulu. Lapar wehh. Kitorang makan kat omaq char kuey tiaw. Lama xmakan kat sana. Last masa belajar la.  Mmg nostalgia sgt bile masuk pekan parit buntar. Tempat jatuh lagikan dikenang kann. Bile lalu depan usm die punya feel tuu. Rasa nak belajar balik je. Malas nak fikir pasal kerja. Pasal kerenah orang2 kat ofis tu. Pasal masalah org2 dewasa. Tetiba rasa sekejap je masa berlalu. Haihh

Haaa ade 1 lg masalah. Sekarang ni kitorg baru sampai parit buntar dan jam menunjukkan pukul11.45 malam. Kau berani ke nak drive dr parit buntar ke baling yg mengambil masa 2 jam tu? Dengan jalan ke baling yg gelap tu? Haaa jeng jeng jeng. Makanya kami geng pompuan ni pon terpaksa laa cari 1 hotel bajet area usm sebab tak berani laa ape lagi. Haha. Dapat satu kat taman pekaka area usm. Sebab kami nak stay dalam 4 jam je kami amek yg rate per hour. So 4 jam rm40 utk 2 orang. Oklah tu murahh. Maka burnlah deposit rm50 utk hotel yg kitorg dah book kat baling tu T.T

Ade kisah disebalik hotel bajet yg kitorg stay kat pekaka tu. Tapi takpelah biar aku n ziera je yg tau. Tak tau mcm mana nak describe rasa bila duduk bilik tu. Nasiblahh 4 jam jee *smiley gelak  nangis

Eh dah macam bukan cerita hiking je ni. Haa kalo camtu aku cerita next entry lah. Panjang sgt dah ni. Padahal dah malas. Haha

Teaser :p
Pandang mana tuuu memasing >.<




No comments: